Thursday 12 January 2012

Hukum Tajwid

HukumTajwid

Sunday 1 January 2012

Mari Mengenal Ilmu Tajwid

from : meja editor
InsyaAllah dalam thread ni saya akan letakkan info-info yang berkaitan dengan ilmu tajwid. Jadi untuk info yang pertama ialah tentang Pengenalan Kepada Ilmu Tajwid.

  Pengenalan Ilmu Tajwid Sebelum kita mula mempelajari ilmu tajwid,sebaiknya kita memahami terlebih dahulu bahawa setiap ilmu mempunyai 10 asas yang menjadi dasar pemikiran kita.Di bawah ini saya kemukakan 10 asas ilmu tajwid. 

 1. Pengertian tajwid menurut bahasa : Memperelokkan sesuatu Menurut istilah ilmu tajwid : Melafazkan setiap huruf dari makhrajnya yang betul serta memenuhi hak-hak setiap huruf yakni sifat aslinya dan sifat mendatangnya. 

 2.  Hukumnya : Mempelajari ilmu tajwid ialah fardhu kifayah dan mengamalkannya iaitu membaca al-Quran dengan bertajwid ialah fardhu ain bagi setiap muslimin dan muslimat yang mukallaf. 

 3.  Tumpuan perbincangannya : Pada kalimah-kalimah al-Quran  

4.  Kelebihannya : Ia adalah semulia-mulia ilmu kerana ia langsung berkait dengan kitab Allah Al-Quran Al-Karim,berdasarkan sepotong hadis rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Sebaik-baik kamu adalah orang yang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya”  

5.  Penyusunnya : Imam-imam qira’at.  

6.Faedahnya : Untuk mencapai kejayaan dan kebahagiaan serta mendapat rahmat dan keredhaan Allah s.w.t di dunia dan di akhirat.InsyaAllah. 

 7.  Dalilnya : Dari kitab al-Quran dan Hadith Rasulullah s.a.w. Dalil dari al-Quran ialah dari surah Al-Muzammil ayat 4 yang bermaksud : ” Bacalah al-Quran itu dengan secara tartil” Tartil bermaksud bacaan lambat dan tenang serta melafazkan setiap huruf dari makhrajnya yang betul dan memenuhi hak sifat asli dan sifat mendatang pada huruf yang berkenaan dan memelihara segala hukum Tajwid serta merenung maknanya.Manakala makna tartil menurut saidina Ali ialah mentajwidkan huruf dan mengetahui tempat berhenti. Dalil dari hadis rasulullah s.a.w pula ialah sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Khuzaimah yang bermaksud : “Sesungguhnya Allah s.w.t menyukai hambaNya membaca al-Quran secara tepat sebagaimana ia diturunkan”. 

 8.  Namanya : Ilmu Tajwid 

 9.  Masalah yang diperbincangkan : mengenai kaedah-kaedah dan cara bacaannya secara keseluruhan yang memberi pengertian hukum-hukum cabangan. 

 10.  Matlamatnya : Memelihara lidah daripada kesalahan membaca ayat-ayat al-Quran pada ketika membacanya. Membaca sejajar dengan penurunannya yang sebenar daripada Allah s.w.t