Tuesday 1 May 2012

BENGKEL PEMANTAPAN FASILITATOR (SIRI 1)

Pada 1 Mei 2012, Hari Buruh. Unit Kempen Jom Mengaji Al-Quran (PUM W/P) telah menganjurkan Bengkel Pemantapan Fasilitator Siri 1. Seramai 23 orang peserta yang terdiri daripada Kumpulan Mahasiswa UM telah menyertai bengkel tersebut. Selain itu, bengkel ini juga telah dirasmikan oleh Y.bhg Ustaz Khairul Anuwar Mustaffa, Penolong Pengarah Bahagian Dakwah JAWI selaku Penasihat Unit Kempen Jom Mengaji Al-Quran (PUM W/P).

Us.Khairul Anuwar Mustaffa sedang menyampaikan taklimat program




Para peserta di dedahkan mengenai Modul 1 yang disampaikan oleh Ustz. Yusri B. Yusof, Pakar Program Motivasi Remaja. Beliau juga merupakan SUK bg PUM Wilayah Persekutuan.
Beliau telah memberi kefahaman yang bermakna kepada para serta dalam konteks mengenal Potensi Diri Sendiri yang dirangkumi dalam ejaan atau singkatan P.I.E.S.

Selain itu, para peserta juga telah dilatih untuk mengenal diri dalam sesi Latihan Dalam Kumpulan (LDK).






Adalah diiharapkan semoga bengkel Siri 1 ini dapat memberi sedikit kefahaman kepada golongan mahasiswa seperti mereka untuk lebih memahami konteks dakwah yang sebenar dan realiti sebelum mereka berjumpa dengan masyarakat. Oleh itu, bengkel seperti ini haruslah terus dimanfaatkan dan diteruskan pada masa akan datang.Sekian.

Wednesday 11 April 2012

BENGKEL PEMANTAPAN KEMPEN JOM MENGAJI AL-QURAN

Pada 11 April 2012, Unit Kempen Jom mengaji Al-Quran, Persatuan Ulama Malaysia (PUM W/P) telah menganjurkan satu Bengkel Pemantapan Kempen Jom Mengaji Al-Quran. Kempen ini telah di hadiri oleh Ustaz Hassan Al-Fadhli (Ketua Imam Masjid Bukit Aman dan Bekas Johan Qari WP (2000-2006) ) . Disamping itu, bengkel ini telah di hadiri seramai 10 orang tenaga pengajar yang akan bersama-sama dengan PUM untuk membantu masyarakat Wilayah Persekutuan dalam program Kempen Jom Mengaji Al-Quran.


Dalam bengkel ini, para peserta didedahkan beberapa inisiatif baru untuk masuk ke lapangan masyarakat dengan membuat suatu anjakan paradigma terhadap masyarakat sasaran.





Tekun para peserta memberi perhatian dan mengemukakan beberapa persoalan yang berbangkit. Bengkel seperti ini tetap akan di laksanakan dari semasa ke semasa untuk memberi perkembangan terbaru kepada para penggerak mengenai dunia dakwah yang lebih realistik.





Semoga bengkel seperti ini merupakan batu loncatan kepada para penggerak Kempen Jom Mengaji Al-Quran (PUM) supaya mereka lebih bersemangat untuk terus memberi komitmen yang padu kepada kempen ini. Sekian.

Thursday 29 March 2012

Kem Smart Al-Quran

Kem Smart Al-Quran telah berlangsung selama 1 malam di  Masjid Padang Sanai  di Daerah Padang Terap.Kem ini adalah salah satu sisipan program yang diatur oleh Kumpulan Mahasiswa UM. Selain itu, program ini bertujuan mengajak golongan belia untuk sama-sama memperbaiki bacaan al-Quran.Disamping itu, para belia juga didedahkan dengan bacaan al-Quran daripada Sheikh Meher As-Saeid,yang dijemput khas daripada Kolej Islam Darul Ulum (KIDU).


Para fasilitator sedang membetulkan bacaan al-Quran semasa sesi tasmi'


Gigih :  adik-adik Maktab Mahmud Padang Terap sedang mnghafal al-Quran


Para peserta sedang sibuk membaca al-Quran sementara menunggu untuk berqiamullail.


Adik-adik pintar ini sedang bermunajat kepada Allah Taala supaya diberi kefahaman
 yang betul dan ilmu yang "salim"

Para peserta sedang bersarapan pagi beramai-ramai ..

Kesempatan bergambar :
Para peserta dan fasilitator sedang bergambar dengan Sheikh Meher As-Saeid (pensyarah KIDU)  semasa sesi perpisahan dengan beliau.Beliau sempat memberi tunjuk ajar membaca al-Quran dengan betul kepada para peserta.

Wednesday 28 March 2012

PROGRAM BANTUAN GELANDANGAN MASJID NEGARA

Pada 11 April 2012, Rabu , Unit Kempen Jom Mengaji Al-Quran , Persatuan Ulama Malaysia (PUM W/P)  telah menjadi sukarelawan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dalam Program Bantuan Gelandangan di Masjid Negara. Program yang telah berlangsung pada tengahari ini telah dihadiri seramai 50 orang gelandangan / homeless yang tinggal di sekitar Kuala Lumpur. Program ini bertujuan untuk membantu golongan yang tidak berkemampuan ini supaya nasib mereka juga terbela.
Presiden PBSKN sedang sibuk mengagihkan makanan kepada Gelandangan

Us.Khairul Anuwar (Penolong Pengarah Jabatan Dakwah JAWI) 

Sebelum mengambil makanan , hadirin semua menadah tangan berdoa supaya rezeki yang diperolehi hari ini beroleh berkat daripada Allah SWT.



Para gelandangan beratur untuk mengambil makanan.



Semoga kerja amal ini mendapat balasan pahala di sisi Allah SWT dan menjadi penghapus dosa kepada hati yang melakukan maksiat kepada Allah SWT. Ingatlah, bersedekah adalah amalan mulia di sisi Allah SWT dan penghapus dosa

Friday 16 March 2012

Belajar menuturkan huruf-huruf hijaiah

from : meja editor 

Belajar menuturkan huruf-huruf hijaiah yang dimatikan (wakof) dengan contoh-contoh yang sesuai. Ceramah disampaikan oleh Dato' Haji Hassan Azhari...

Friday 3 February 2012

Jom Belajar Tarannum

From : meja editor
TARANUM HIJAZ
TARANUM JIHARKAH
TARANUM RAST
TARANUM SIKAH
TARANUM NAHAWAND
TARANUM BAYYATI 1
TARANUM BAYYATI 2
TARANUM BAYYATI 3
TARANUM SOBA 1
TARANUM SOBA 2

Thursday 12 January 2012

Hukum Tajwid

HukumTajwid

Sunday 1 January 2012

Mari Mengenal Ilmu Tajwid

from : meja editor
InsyaAllah dalam thread ni saya akan letakkan info-info yang berkaitan dengan ilmu tajwid. Jadi untuk info yang pertama ialah tentang Pengenalan Kepada Ilmu Tajwid.

  Pengenalan Ilmu Tajwid Sebelum kita mula mempelajari ilmu tajwid,sebaiknya kita memahami terlebih dahulu bahawa setiap ilmu mempunyai 10 asas yang menjadi dasar pemikiran kita.Di bawah ini saya kemukakan 10 asas ilmu tajwid. 

 1. Pengertian tajwid menurut bahasa : Memperelokkan sesuatu Menurut istilah ilmu tajwid : Melafazkan setiap huruf dari makhrajnya yang betul serta memenuhi hak-hak setiap huruf yakni sifat aslinya dan sifat mendatangnya. 

 2.  Hukumnya : Mempelajari ilmu tajwid ialah fardhu kifayah dan mengamalkannya iaitu membaca al-Quran dengan bertajwid ialah fardhu ain bagi setiap muslimin dan muslimat yang mukallaf. 

 3.  Tumpuan perbincangannya : Pada kalimah-kalimah al-Quran  

4.  Kelebihannya : Ia adalah semulia-mulia ilmu kerana ia langsung berkait dengan kitab Allah Al-Quran Al-Karim,berdasarkan sepotong hadis rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Sebaik-baik kamu adalah orang yang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya”  

5.  Penyusunnya : Imam-imam qira’at.  

6.Faedahnya : Untuk mencapai kejayaan dan kebahagiaan serta mendapat rahmat dan keredhaan Allah s.w.t di dunia dan di akhirat.InsyaAllah. 

 7.  Dalilnya : Dari kitab al-Quran dan Hadith Rasulullah s.a.w. Dalil dari al-Quran ialah dari surah Al-Muzammil ayat 4 yang bermaksud : ” Bacalah al-Quran itu dengan secara tartil” Tartil bermaksud bacaan lambat dan tenang serta melafazkan setiap huruf dari makhrajnya yang betul dan memenuhi hak sifat asli dan sifat mendatang pada huruf yang berkenaan dan memelihara segala hukum Tajwid serta merenung maknanya.Manakala makna tartil menurut saidina Ali ialah mentajwidkan huruf dan mengetahui tempat berhenti. Dalil dari hadis rasulullah s.a.w pula ialah sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Khuzaimah yang bermaksud : “Sesungguhnya Allah s.w.t menyukai hambaNya membaca al-Quran secara tepat sebagaimana ia diturunkan”. 

 8.  Namanya : Ilmu Tajwid 

 9.  Masalah yang diperbincangkan : mengenai kaedah-kaedah dan cara bacaannya secara keseluruhan yang memberi pengertian hukum-hukum cabangan. 

 10.  Matlamatnya : Memelihara lidah daripada kesalahan membaca ayat-ayat al-Quran pada ketika membacanya. Membaca sejajar dengan penurunannya yang sebenar daripada Allah s.w.t